Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

MB: T'ganu sedapat mungkin mahu elak p'raya negeri

$
0
0
Kerajaan negeri Terengganu sedapat mungkin mahu mengelak berlaku pilihan raya negeri (PRN) namun tetap bersedia sekiranya ia jalan terakhir, kata Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman.

Ahmad Razif berkata Terengganu akan berdepan dua kali pilihan raya sekiranya ia berlaku dan memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi.

"Kerajaan negeri sebolah-bolehnya hendak mengelak perkara ini berlaku kerana ia membawa banyak kerugian kerana terpaksa melakukan dua pilihan raya iaitu peringkat negeri dan Parlimen.

"Jika buat pilihan raya sekarang ini belanjanya bukan sedikit... bila pilihan raya umum nanti kena buat sekali lagi, jadi Terengganu kena buat dua kali dan kos ini akan merugikan rakyat dan kita sedia maklum dengan cabaran ekonomi
semasa.

"Tetapi jika keadaan terpaksa... kerajaan negeri bersiap sedia, kita beri jaminan bahawa kerajaan negeri, badan Perhubungan UMNO negeri bersiap sedia sebarang kemungkinan..tiada masalah tetapi demi untuk rakyat kita minta perkara ini dapat dipertahankan sampailah pilihan raya umum berlaku," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Koperasi Negara peringkat negeri.

Mengenai perjalanan sidang Dewan Undangan Negeri yang bakal berlangsung Isnin ini, Ahmad Razif berkata beliau yakin ia akan berjalan seperti biasa dan segala desas-desus bahawa akan berlaku perkara tidak terduga, hanya spekulasi dan khabar angin.

"Sidang DUN akan berjalan seperti biasa. Perkara ini timbul kerana banyak persepsi, banyak kepada khabar angin..saya rasa tiada masalah. Sidang dewan akan berjalan seperti biasa dan akan dapat diselesaikan dengan baik,"katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913