Gabungan 34 organisasi masyarakat sivil menuntut kerajaan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang dinamakan sebagai Malaysian Official 1 (Pegawai Malaysia 1) seperti disebut dalam tuntutan mahkamah oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS), 20 Julai lalu.
Tuntutan tersebut merupakan salah satu daripada enam perkara yang dinyatakan dalam memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low hari ini.Penyerahan memorandum diketuai peguam Datuk S Ambiga Sreenevasan yang juga Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) itu turut mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat skandal syarikat pelaburan negara sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut Ambiga, tindakan saman sivil oleh DOJ yang mahu merampas hartanah milik negaranya bernilai lebih AS$ 1 bilion itu membuktikan kegagalan sistem kawal selia dan keadilan negara ini menyelesaikan siasatan berkenaan.
Gabungan NGO itu juga mahu supaya kerajaan mendedahkan kedua-dua keputusan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai skandal kewangan berkaitan SRC International Sdn Bhd serta keputusan interim tentang siasatan isu 1MDB kepada orang awam.
Read More / Baca Lagi >>