Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Tamatkan 'pemerintahan pencuri' - bola di mahkamah rakyat

$
0
0
Dalam menggesa rakyat Malaysia supaya mempamerkan kepada dunia bahawa mereka tidak lagi mampu bersabar dengan isu 1MDB, seorang pemimpin PKR memulakan hujahnya dengan asal-usul perkataan "kleptokrasi".
"Apa maksud kleptokrasi?
"Kleptokrasi adalah perkataan Yunani yang bermaksud 'pemerintahan pencuri," kata Dr Xavier Jeyakumar.
Naib Presiden PKR itu, berhujah bahawa mereka yang mendakwa tindakan undang-undang yang dicetuskan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika adalam saman sivil dan bukannya jenayah hanya memperbodohkan diri sendiri.
DOJ memfailkan saman sivil untuk merampas aset yang didakwa diperoleh melalui dana yang diselewengkan daripada 1MDB.
Aduan untuk pelucutan hak oleh unit yang dikenali sebagai Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi, mewakili kes seumpama itu yang terbesar oleh DOJ.
Menghurai lanjut, Jeyakumar juga mengkritik menteri kabinet kerana berdiam diri dalam isu ini, menuduh mereka lebih cenderung menjaga kedudukan mereka daripada kepentingan negara.
"Bagaimana dengan standard moral individu-individu ini?
"Adakah mereka berbangga dengan kelayakan dari universiti luar negara, di mana mereka telah diajar untuk berfikir untuk diri sendiri?
"Ini adalah orang hiprokit yang lebih mementingkan keistimewaan mereka daripada bersuara demi kebenaran dan keadilan," katanya dalam satu kenyataan media.
Mengimbas kembali dakwaan penyalahgunaan yang disebut dalam saman DOJ, Jeyakumar menyifatkan tindakan mereka sebagai memalukan.
"Lihatlah cara mana wang itu dibelanjakan. Kita bercakap berbilion di sini: majlis mewah, perjudian, pembikinan filem, pembelian jet, hotel, kereta, lukisan, pangsapuri mewah.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913