The X-Files merupakan sebuah drama bersiri seram fiksyen sains yang dilakonkan oleh David Duchovny sebagai Ejen Fox Mulder yang mempercayai perkara paranormal yang sukar dijelaskan dengan sains dan Gillian Anderson sebagai Ejen Dana Scully yang merupakan seorang realistik dan meletakkan sains keutamaan dalam kes X-Files.
Drama bersiri ini dihasilkan oleh Chris Carter. Drama bersiri ini sudah menjangkau 10 musim dan mempunyai 208 episod. Rancangan ini bermula pada tahun 1993 sehingga tahun 2002 dan telah dihidupkan kembali pada tahun ini. Tidak lupa juga terdapat dua filem The X-Files telah ditayangkan pada tahun 1998 dan 2009 namun kurang memberi impak kepada penonton.
Walaupun saya lahir pada tahun 90-an, saya masih setia dengan drama ini. Ketika rancangan ini disiarkan, saya masih bertatih dan menyebut beberapa patah perkataan sahaja.
Namun begitu, dengan adanya Internet dan rancangan streaming pada masa ini, saya berpeluang menonton rancangan bersiri ini. Drama ini mempunyai kekuatan sendiri dan mempunyai kesan yang mendalam kepada generasi Y seperti saya. Sarat dengan ilmu sains seperti fizik dan kimia dan konspirasi politik kerajaan, rancangan ini berjaya menarik minat saya untuk memahami jalan cerita tersebut. Kenapa saya memilih The X-Files sebagai drama bersiri yang harus dikupaskan?
Permainan Politik Orang Atasan
The Smoking Man (lakonan William B. Davis) merupakan watak antagonis paling berkuasa dan penuh misteri dalam rancangan fiksyen ini. Watak ini digambarkan telah membunuh John F. Kennedy dan Martin Lurther King Jr. Dia jugalah manusia yang bertanggungjawab menentukan pilihan raya, pasukan mana yang menang dalam permainan sukan dan menghapuskan bukti untuk diketahui orang awam.
Dia bagaikan Tuhan yang menentukan kuasa mutlak kepada manusia. Dia juga merupakan kunci utama kepada konspirasi kerajaan. Dia lebih bahaya berbanding makhluk asing, lebih dashyat berbanding makhluk paranormal yang disiasat oleh Ejen Mulder dan Ejen Scully.
‘Saya mencuba meletak diri saya dalam watak tersebut dan melihat dunia ini melalui perspektif watak ini. Lagipun,penjahat tidak berfikir mereka ini penjahat’- William B. Davis bercakap mengenai wataknya.
Yang menarik mengenai watak ini, dia tidak sesekali memandang rendah kepada keupayaan Ejen Fox Mulder untuk mencari kebenaran. Walaupun The Smoking Man digambarkan sebagai watak paling berkuasa dan mempunyai pengaruh, dia juga mengambil langkah berhati-hati supaya agendanya tidak digagalkan.
Saya memandang watak antagonis ini digambarkan seperti Tun Mahathir. Walaupun keluar UMNO, pengaruh dan kuasanya masih mendapat perhatian dalam arena politik. The Smoking Man juga masih mengekalkan kuasa dan pengaruhnya walaupun The Syndicate(kerajaan bayang-bayang) telah musnah.
Saya tidak nafikan pada zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir banyak kemajuan,namun pada ketika itu juga Tun Mahathir menggunakan kuasa politiknya untuk mencapai agenda tertentu.
Hak orang awam untuk mengetahui sesuatu seperti Tragedi Memali disekat. Sama juga dengan tindakan The Smoking Man yang menyekat tindakan Ejen Mulder untuk mengetahui kebenaran. Alasannya, mengelak cetusan panik orang awam untuk mengetahui kebenaran.
Antara Sains, Budaya dan Agama
Read More / Baca Lagi >>