Ketua Pemuda Umno berkata jentera dan pemimpin BN harus mengambil serius kewujudan parti itu kerana ia diasaskan bekas pemimpin tertinggi di dalam Umno.
KUALA LUMPUR: Parti baharu diasaskan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak seharusnya dipandang enteng.Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata ini kerana individu yang menubuhkan parti baharu itu semuanya berpengalaman luas dalam politik dan pemerintahan negara.
“Parti baharu itu diasaskan bekas pemimpin tertinggi di dalam Umno. Ditubuhkan bekas timbalan perdana menteri dan dinaungi bekas perdana menteri. Apatah lagi menyasarkan ahli dan penyokong Umno sebagai ahli,” katanya pada sidang media di Menara Dato Onn, di sini hari ini.
Menteri belia dan sukan itu berkata parti masih yakin dapat memastikan ahli dan penyokong terus menyokong Umno dan BN tetapi penekanan serius perlu diberikan terhadap perkara itu kerana sentimen terhadap Dr Mahathir masih ada.
Katanya, pada masa ini rakyat masih keliru dan memberikan sokongan kepada kedua-dua bekas pemimpin tertinggi negara itu.
Read More / Baca Lagi >>