“Isu sekarang kembali ke tangan pemerintah. Kalau mereka tidak mahu laksanakan (perubahan), rakyat tidak ada pilihan lain selain meneruskan tekanan.
Rakyat digesa turun pada Himpunan BERSIH 5 bagi menyatakan bantahan terhadap pemerintah supaya bertindak membersihkan imej negara yang kian tercalar akibat dakwaan beberapa skandal kewangan.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata rakyat pastinya perlu bangkit menekan pemerintah supaya melakukan perubahan dalam memastikan kualiti hidup mereka dipelihara.
“Saya ingat pelbagai cadangan sudah dibuat dalam beberapa isu kebebebasan jawatan yang penting itu.
“Kita tidak ada pilihan. Rakyat sama ada memilih untuk menerima hakikat ini dengan hidup dalam keadaan malu dan membenarkan rasuah berterusan atau bertindak,” katanya ketika diminta mengulas hasrat BERSIH 2.0 yang mahu menganjurkan satu lagi himpunan dalam masa terdekat.
Tian Chua berkata, rakyat pastinya bimbangan ekonomi akan terus merosot dan hilang daya saing selain imej negara terus tercemar sekiranya lambat melakukan perubahan.
Minggu lalu, Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah mengesahkan BERSIH 5 akan dilangsungkan, namun pihaknya masih belum menetapkan tarikh dan lokasi penganjuran.