Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Penganalisis: Tanpa tadbir urus baik, Malaysia akan hancur

$
0
0
Ramon menyarankan perdana menteri mengambil tindakan segera bagi mengelakkan masalah berkaitan ekstremisme serta rasuah bertambah serius dan menghancurkan negara.
ramon-malaysia
PETALING JAYA: Tanpa tadbir urus yang baik, tidak mustahil sesebuah negara itu akan mengalami kemerosotan dan berakhir seperti Filipina, termasuk Malaysia.
Sehubungan itu, Pengarah Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, perdana menteri perlu mengambil tindakan segera bagi mengelakkan masalah berkaitan ekstremisme serta rasuah bertambah serius dan menghancurkan negara.
“Kalau mencegah ini semua, kita boleh maju.
“Mana-mana negara kalau tak ambil tindakan seperti tadbir urus yang baik…United Kingdom dan Amerika Syarikat pun boleh (jadi) teruk, bukan Filipina dan Malaysia sahaja,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dilaporkan berkata, Malaysia sedang mengalami kemerosotan dan boleh berakhir seperti Filipina.
Musa berkata, sejak kerajaan berdepan skandal mega, perkara lain seperti kejadian tembakan pada waktu siang tidak ditangani dengan baik, sehingga menyebabkan rakyat kini biasa dengan situasi itu, seperti keadaan di Filipina pada zaman dahulu, di mana rakyatnya membawa senjata untuk mempertahankan diri.
Katanya, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang diasaskan Tun Abdul Razak kini dijadikan alat oleh anaknya, Najib bagi meraih undi Melayu luar bandar dan bimbang nasib Felda akan menimpa Lembaga Tabung Haji yang diilhamkan Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz untuk membantu umat Islam menunaikan haji.
Mengulas lanjut, Ramon berkata, masalah rasuah juga semakin serius berbanding dahulu.
“Ada yang dapat kontrak daripada kroni dan kronisme bertambah serius. Ini yang perlu dicegah,” katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913