Solomon berkata langkah bank yang berunsurkan ciri-ciri Islam ini jelas melanggar undang-undang dan perjanjian, menjejaskan keutuhannya dan mengabaikan nilai-nilai terasnya.
PETALING JAYA: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) memandang serius tindakan Bank Mumalat memecat tiga kakitangan bawahannya pada Jumaat lalu selepas mereka dipindahkan ke Kuala Lumpur (KL) kerana menolak tawaran skim pemisahan sukarela (VSS).Tiga kakitangan bawahan tersebut adalah Mohd Azan Abd Rahim, Mohd Zaki Khalib dan Wan Rosli Wan Mansor dari Kulim, Kota Bharu dan Ipoh diarah pindah ke KL pada 18 Julai lalu.
Setiausaha Agung (NUBE) J Solomon berkata ketiga-tiga mereka mengikut arahan bank itu dengan melaporkan diri untuk bertugas setiap hari selama sebulan setelah dipindahkan secara paksaan ke KL.
“Sepanjang berada di KL, Nube difahamkan mereka hanya duduk di bilik pentadbiran di pejabat bank itu tanpa sebarang tugas diberikan kepada mereka,” katanya menerusi satu kenyataan kepada FMT.
Dalam laporan berita sebelum ini, tiga kakitangan bawahan Bank Muamalat itu mendakwa mereka rasa tertindas selepas diarahkan berpindah tugas ke ibu pejabat di KL.
Mengulas lanjut, Solomon mendakwa selama sebulan dipindahkan ke KL, ketiga-tiga pekerja bawahan itu mengharungi pelbagai gangguan, pembulian dan penghinaan yang tidak henti-henti daripada pihak bank.
Read More / Baca Lagi >>