Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Dulu Pahlawan Bugis, Sekarang Halilintar .... DOJ Batuk Je Tak Cukup Tanah Lari

$
0
0

Biar halilintar membelah bumi ..... hahaha.... bab cakap retorik serah kat Najib ! Tertunggu juga Najib nak ungkit balik darah pahlawan Bugisnya, sejak Nothing2Hide tahun lepas, Najib seakan dah lupa asal usulnya. Kapal layar ada kat mana dah sekarang ? Takkan kena rampas DOJ juga ? Rasanya dalam senarai harta rampasan DOJ tak ada disebut kapal layar Bugis ....



"Janganlah ganggu saya, saya bertanggungjawab terhadap 30 juta rakyat. Biar halilintar membelah bumi, saya tidak akan berundur walau seinci...tidak berundur, tidak menyerah.

"Kita berada di landasan yang betul dan benar. Kalau ada yang tidak betul, kita betulkan bersama tapi jangan sampai meruntuhkan institusi politik kita,"

Dah dekat sebulan sejak DOJ gegarkan dunia dengan dakwaan Najib selaku MO1 yang terlibat sama dalam skandal kewangan terbesar dalam sejarah dunia, iaitu turut menerima habuan RM2.6 bilion dari duit 1MDB yang sepatutnya dijadikan modal membangunkan TRX.

Hanya orang bodoh saja yang tidak kenal siapa MO1, seperti kata Rahman Dahlan. Tapi kepada orang2 bodoh yang masih kata MO1 itu bukan Najib, bacalah perenggan dari DOJ ini -




... in August 2013, a sum of USD620 million (RM2.03 billion) was returned by ( MALAYSIAN OFFICIAL 1 ) .....

DOJ merujuk kepada perenggan 4 kenyataan media AG pada 26 Januari lalu yang berbunyi -

4. Tambahan pula, dalam bulan Ogos tahun 2013, wang sejumlah USD620 juta (RM2.03 bilion) telah dikembalikan semula oleh YAB PM kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.


Itu selain dari beberapa definasi lain yag diberikan DOJ iaitu MO1 adalah pegawai tertinggi kerajaan Malaysia, berkuasa dalam 1MDB dan punya pertalian dengan Reza Aziz. Patutlah Rahman Dahlan pun setuju mereka yang masih tidak kenal siapa itu MO1 adalah BODOH.

Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913