Ada khabar angin mendakwa jika Mukhriz dipilih sebagai naib presiden Umno pada 2013, Dr Mahathir akan mengarahkan Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai timbalan perdana menteri untuk memberi laluan kepada anaknya.
ALOR STAR: Bekas pegawai khas Mukhriz Mahathir mendakwa Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ditubuhkan untuk menjadi platform bagi “mempercepatkan” proses bekas menteri besar Kedah itu menjadi perdana menteri.Hariz Che Mat berkata, beliau tahu cita-cita Mukhriz untuk memimpin kerajaan persekutuan melalui bantuan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Saya nampak Bersatu sebagai platform untuk cita-cita politik Mukhriz menjadi perdana menteri,” katanya pada sidang media di Pokok Sena, hari ini.
Hariz yang merupakan Naib Ketua Umno Bahagian Pokok Sena mendakwa beliau adalah sebahagian daripada pasukan kempen itu, apabila Mukhriz bertanding untuk jawatan naib presiden Umno pada 2013.
Hariz mendakwa selepas kekalahan Mukhriz untuk jawatan naib presiden Umni itu, beliau mula menuding jari ke arah presiden parti, Datuk Seri Najib Razak.
“Apaila Mukhriz tewas dalam cubaan menjadi naib presiden, mereka menyalahkan perdana menteri.
“Ada pihak tertentu yang kemudiannya diminta mensabotaj tawaran awam permulaan (IPO) 1MDB pada awal 2014. Ini direka untuk membuatkan (1MDB) kelihatan bermasalah.
“Isu 1MDB kemudiannya digunakan untuk menjatuhkan Najib,” katanya.
Beliau berkata, jika Mukhriz dipilih sebagai naib presiden Umno, beliau boleh menjadi timbalan perdana menteri.
Read More / Baca Lagi >>