Semenjak seminggu lalu, PM Najib Razak kerap kali memberi amaran kepada rakyat mengenai campur tangan kuasa asing. Beliau menyeru rakyat Malaysia agar menolak campur tangan tersebut kerana akan menjejaskan kedaulatan negara dan boleh meruntuhkan sebuah kerajaan yang telah dipilih secara demokrasi.
Bagaimanapun rakyat tertanya-tanya, wujudkah campur tangan asing dalam kes saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) ke atas harta anak tiri Najib di Amerika Syarikat AS) atau PM sengaja mereka-reka cerita.
Bagi ahli parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah, campur tangan asing merupakan hujah bodoh yang dicipta untuk mengalihkan perhatian rakyat yang tidak faham isu kecurian dana 1Malaysia Development Berhad untuk membeli harta di AS.
“Jangan gunakan hujah bodoh untuk meraih sokongan demi mempertahankan kedudukan sendiri, kerana 1MDB telah menjadi bahan ketawa di seluruh dunia,” kata beliau ringkas kepada Suara pakatan daily.
Mengulas isu sama, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Ir Khalid Samad pula berkata, isu pembersihan wang haram di AS adalah jenayah mengikut undang-undang di negara berkenaan dan tidak sewajarnya diputar belitkan menjadi isu campur tangan kuasa asing.
“Itu hakikatnya (jenayah pembersihan wang). Oleh itu, Najib janganlah mengeluarkan kenyataan bodoh, kononnya Malaysia akan dijajah sekali lagi (akibat tindakan ke atas anak tiri Najib),” ujar Ahli Parlimen Shah Alam itu.
Timbalan Pengerusi Amanah Perak Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin pula mempersoalkan strategi Najib yang seolah-olah cuba meraih simpati, sedangkan isu utama adalah ketelusan Laporan Ketua Audit Negara mengenai siasatan ke atas 1MDB yang masih diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi.
Jika Najib telus dan laporan tersebut boleh dibaca maka tidak timbul teori pihak asing berkonspirasi menjatuhkan kepimpinan Malaysia.
“Jangan reka idea yang bukan-bukan untuk menakut-nakutkan kita,” tegas Nizar.