Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut sewajarnya memburu individu atau syarikat yang telah memberi rasuah kepada tiga pegawai tinggi kerajaan yang diberkasnya Isnin lalu.
Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan, Lim Lip Eng membuat gesaan itu dalam satu kenyataan hari ini.
“Rasuah ibarat cinta, tepuk sebelah tangan tak berbunyi. Perlu ada yang memberi dan menerima,” kata beliau.
Beliau turut menggesa supaya agensi kerajaan yang terlibat menghentikan sebarang projek dan kontrak yang diluluskan oleh individu-individu yang didakwa melakukan kesalahan rasuah sementara siasatan dijalankan terhadap mereka.
“Agensi tempat bekerja tiga pegawai terbabit iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mesti menghentikan semua projek dan kontrak yang diluluskan oleh tiga suspek ini sementara siasatan SPRM dijalankan,” katanya.
Ini berikutan laporan bahawa pegawai tinggi DBKL yang ditangkap bergelar Datuk Seri dan bertanggungjawab ke atas projek-projek pembangunan.
“Kelulusan untuk projek-projek pembangunan di Kuala Lumpur yang diselia Datuk Seri ini harus dipersoal dan Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Mansor wajar menggantung semua kelulusan projek pembangunan berkaitan Datuk Seri terbabit.
“Jika mana-mana projek dan kontrak didapati dicemari rasuah, ia harus dibatalkan atau ditenderkan semula,” kata Ahli Parlimen Segambut itu.
Read More / Baca Lagi >>