KUALA NERUS: Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman hari berkata beliau tidak tahu permohonan jaguh basikal negara, Azizulhasni Awang mendapat tajaan basikal, 'Roadbike' sebagai persediaan ke temasya Olimpik 2016 diabaikan.
Namun, katanya luahan Azizulhasni yang dikongsi di Facebook hari ini akan diambil secara positif.
Ini kerana pemenang pingat gangsa di temasya sukan berprestij yang sedang berlangsung di Rio de Janeiro, Brazil itu mendakwa kerajaan Terengganu mengabaikan permohonannya untuk mendapatkan bantuan bagi tujuan latihan.
Sambil menyuarakan rasa terkilan, Ahmad Razif hari ini mengarahkan Majlis Sukan Negeri (MSN) agar menjalankan siasatan mengenai perkara itu dan mengambil langkah segera dalam menyelesaikannya.
“Saya tidak dapat nak komen apa-apa sebab saya sudah minta MSN melihat apa yang sebenarnya yang berlaku.
“Yang utama sekarang kita perlu mendapatkan pengesahan dan penjelasan daripada Azizulhasni itu sendiri,” katanya.
Beliau berkata, jika dakwaan itu benar, ia adalah di luar pengetahuannya dan beliau sendiri sudah pasti amat terkilan.
Ini kerana kata beliau, kerajaan Terengganu sentiasa serius dalam memberikan perhatian terhadap program pembangunan sukan di negeri itu.
Ia terbukti melalui pelbagai program pemmbangunan sukan yang dilaksanakan kerajaan melalui pruntukan yang agak besar setiap tahun.Read More / Baca Lagi >>