Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Skandal 1MDB: Ulama membisu petanda keruntuhan kerajaan

$
0
0
Tindakan ahli Parlimen Langkawi merujuk MO1 ialah Yang di-Pertuan Agong adalah percubaan terdesak kerajaan mengalih pandangan rakyat daripada skandal 1MDB yang sebenarnya.
Raja-Kamarul-Bahrin_raja-raja_1mdb_600
Oleh Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
Apabila tersepit dalam tuduhan yang berat, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak akan mencuba apa sahaja untuk melepaskan diri daripada kesalahan tersebut. Isu 1MDB dan laporan DoJ – Jabatan kehakiman Amerika Syarikat, melibatkan pimpinan tertinggi kerajaan Malaysia melihat aksi memalukan dan pembohongan yang jelas.
Mula-mula, Ketua Menteri Melaka daripada Umno, Datuk Seri Idris Haron menuduh Amerika hendak membunuh Melayu sepertimana mereka membunuh rakyat Iraq.
Hari ini pula, ahli Parlimen Umno Langkawi menyatakan MO1 – Malaysian Official 1 yang memainkan peranan utama dalam skandal 1MDB dan disebut dalam laporan D0J tersebut adalah Yang di-Pertuan Agong. Ini adalah percubaan terdesak pihak kerajaan untuk mengalih pandangan daripada isu dan skandal terbesar 1MDB yang sebenarnya.
Ramai yang mendesak ahli Parlimen Langkawi memohon ampun kepada Yang di-Pertuan Agong. Sebenarnya kesalahan terhadap Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-raja adalah lebih luas dan besar daripada apa yang dijangkakan.
Najib sendiri sebagai perdana menteri juga perlu memohon ampun kepada Majlis Raja-raja kerana mengingkari titah pada mesyuarat Majlis Raja-raja pada Oktober 2015 untuk kerajaan menangani dengan baik masalah 1MDB.
Pihak kerajaan tidak mengambil tindakan sepatutnya atas isu tersebut untuk menjaga nama baik Malaysia. Malahan, sejak itu, isu 1MDB menjadi lebih parah dengan Switzerland, Hong Kong, Luxembourg, Singapura dan Amerika mengambil tindakan undang-undang ke atas Malaysia.
Sebenarnya, Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu sudah menggesa Najib menyelesaikan masalah 1MDB, tetapi ahli Parlimen Langkawi cuba mengaitkan implikasi kononnya Yang di-Pertuan Agong merupakan M01 – Malaysian Official 1 bertanggungjawab ke atas 1MDB.
Bukan sahaja perbuatan ahli Parlimen Langkawi biadap dan fitnah, tetapi tindakan ketuanya, Najib yang menyebabkan kemelut ini berterusan dengan tidak langsung menghormati titah Majlis Raja-raja untuk menjaga nama baik negara.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913