Realiti perlu diambil kira walaupun tidak bersetuju dengan parti politik yang ditubuhkan atas kapasiti perkauman, kata mantan presiden majlis peguam, Datuk Ambiga Sreenevasav.
"Siapa mampu bersaing dengan Umno? Saya faham buat masa sekarang, secara praktikalnya ini yang kita perlukan (parti Bersatu).
"Bersatu ada agenda reformasi. Itu yang penting," tegasnya dalam forum Parti Baru: Harapan Baru? di pejabat Malaysiakini malam ini.
Amanah mahu hanya ada satu 'coalition' lawan BN
Bagi Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil, rakyat perlu diberi penekanan hanya ada satu _coalation_ untuk menentang rejim BN, .
Menurutnya, mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan BN perlu ditolak.
"Kita perlu jatuhkan Umno-BN untuk lakukan perubahan kepada sistem yang dirosakkan Umno," ujarnya dalam terebut.
Mengulas lanjut, Faiz berkata, blok pembangkang tidak boleh berada dalam keadaan terawang-awang sebaliknya usaha untuk mengukuhkan Pakatan Harapan perlu diteruskan.
"Kita perlu ambil kira kemungkinan berlakunya pertembungan tiga hingga empat penjuru dalam pilihan raya akan datang.
Read More / Baca Lagi >>