Bila Tunku bawa merdeka
Riuh rendah alim ulama unjuk rasa
Kerna tali barut penjajah dan Lord Reid
Lalu Umno
Berpecah dua
Satu kot bush jacket
Satu sorban dan kurta
Lawan punya lawan
Dah lebih 55 tahun merdeka
Undi sorban
Undi pangkah kapal layar hingga dacing penimbang
Bulan bintang dan purnama
Penuh jugak roket
Selang seli pisau sabit masuk sekali
Akhirnya pulus mari
Sorban dan jubah berterbangan
Dunia semakin terbalik
Bila sang negarawan berpaling tadah
Sebermula Tunku dengan S46 bersama Kapten Husien
Kini mamak bendahara keturunan Poshtun Afghan
Mengamuk sakan
Dilibasnya anak Razak asal Pekan
Berdentam berdentum halilintar panah memanah
Sabung menyabung
Wayang pacak sedang tertayang
Antara lebai pondok
Lulusan penjajah sekuler
Pakar bedah pakar ekonomi
Kini sedang beradu kuasa
Negara ku
Tanahair ku
Bandaraya ku
Kampung ku
Semuanya sedang berubah
Dulu kais pagi makan petang
Kini memiliki kilang IPP
Atau saham luar negeri
Akibat mahu menguasai Putrajaya
Anak Cheruk Tok Kun
Terpenjara kerana buntut sang Saiful dan Azizan Bakar
Rakyat marhen sedang menunggu takdir Illahi
Apakah akan terjadi 2020 nanti
Nukilan rasa:
R. Ismail