Kit Siang soal adakah polis akan siasat hubungan antara Malaysian Official 1 dan ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu
PETALING JAYA: Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini menyoal adakah polis akan siasat hubungan antara Malaysian Official 1 (MO1) dan ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low.
Soalannya: “Siapa penerima utama dalam skandal 1MDB – MO1 atau Jho Low?”
Dalam satu kenyataan hari ini, Kit Siang turut menyoal adakah polis akan menggunakan bukti dan dokumen yang dikemukakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dalam permohonan ke mahkamah baru-baru ini untuk menyita aset AS$1 bilion yang didakwa diperoleh dengan dana yang dilesapkan daripada 1Malaysia Development Berhad.
Jho Low, atau nama penuhnya Low Taek Jho, didakwa DoJ terbabit dalam aktiviti penggelapan dan penggubahan wang sebanyak AS$3 bilion.
Dalam kenyataannya hari ini, Kit Siang turut menyoal kewujudan “lima syor” Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk siasatan polis keatas 1Malaysia Development Berhad.
Menurutnya, pemeriksaan keatas laporan PAC mengesahkan hanya jawatankuasa hanya memberikan satu syor khusus untuk siasatan polis.
Syor itu adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi dipertanggungjawabkan untuk kekangan dan kelemahan 1MDBd dan beliau serta individu lain dalam pengurusan perlu disiasat.
Dalam kenyataannya hari ini, Kit Siang menyentuh kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyatakan polis sudah menyelesaikan siasatan fasa pertama berhubung 1MDB, berlandaskan lima syor PAC seperti yang diarahkan Jemaah Menteri.
Kit Siang berkata laporan PAC mempunyai lima syor – tetapi syor itu “tidak ada kaitan dengan siasatan polis” tetapi berkait dengan pengurusan 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>