Majlis Presiden Pakatan Harapan menyokong program #TangkapMO1 anjuran anak muda dan mahasiswa yang akan berlangsung pada 27 Ogos di Kuala Lumpur.
Dalam satu kenyataan bersama majlis presiden menggesa agar seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran turun beramai-ramai untuk menyokong program ini."Kami yakin dan percaya bahawa usaha anak muda dan mahasiswa ini akan mendatangkan hasil positif dalam menyelesaikan misteri "Malaysian Official 1".
"Majlis Presiden Pakatan Harapan juga membantah sekeras-kerasnya tindakan intimidasi dan menakut-nakutkan oleh pihak berkuasa terhadap penganjur dan penyokong program ini, termasuk tindakan reman tiga hari ke atas tiga aktivis mahasiswa yang membuat roadshow #TangkapMO1."
Kenyataan bersama Majlis Presiden Pakatan Harapan terdiri daripada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Pemangku Pengerusi Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.
Menurut kenyataan itu majlis presiden memandang serius isu laporan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat berkaitan dakwaan kecurian berbilion ringgit wang rakyat oleh individu-individu berkait rapat dengan “Malaysian Official 1” (MO1), serta kes kemasukan USD731 juta ke dalam akaun bank peribadi “MO1”.
Read More / Baca Lagi >>