Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Abang polis, benarkan rakyat berjuang demi Malaysia

$
0
0

Sampai bila sebenarnya skandal kewangan 1MDB harus memeningkan kepala rakyat Malaysia? Satu demi satu pendedahan dibuat, termasuk dakwaan bahawa dana 1MDB yang kononnya akan meningkatkan hasil ekonomi negara, telah ‘dirompak’ untuk meningkatkan hasil ekonomi individu-individu tertentu.
Namun, maklumat demi maklumat yang didedahkan selama ini seperti tidak membawa sebarang kesan – seolah-olah angin taufan skandal 1MDB yang dikira maha dahsyat oleh masyarakat dunia tersebut tidak berjaya membuatkan pokok bernama Malaysia ini bergoyang.
pojok_benarkanrakyatberjuangWalaupun nama ‘Malaysian Official 1’, seorang pegawai kerajaan yang dikatakan mengambil sejumlah dana 1MDB untuk kepentingan sendiri disebut 36 kali dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ), tidak ada mana-mana badan awam, sama ada polis atau SPRM menyatakan niat untuk menyiasat individu terbabit.
Sedangkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, “hanya orang bodoh yang tidak mengetahui siapa Malaysian Official 1” yang menandakan majoriti pihak dapat mengagak identiti jejaka misteri tersebut.
Polis dan SPRM sekurang-kurangnya harus menyiasat identiti ‘Malaysian Official 1’ dan sama ada dakwaan DOJ bahawa AS$731 juta dana 1MDB telah dipindahkan ke akaun peribadinya itu sahih. Kerana jika ia sahih, terbuktilah bahawa Malaysian Official 1 itu seorang penjenayah yang ‘mencuri’ dana awam. Tidak wajar bagi pihak polis membiarkan saja seorang penjenayah berlegar-legar di negara ini tanpa dihukum.
Ada rakan yang memberitahu, sahabat-sahabat aktivis dari negara maju cukup hairan dengan masyarakat Malaysia. Kata mereka, jika pemimpin di sana yang terlibat dengan skandal sebesar 1MDB itu, nescaya pada hari pertama skandal itu terpapar di media antarabangsa lagi, Pejabat Perdana Menteri telah ‘pecah’ dirempuh oleh beratus ribu rakyat yang tidak puas hati.
Tetapi di negara ini, lain pula halnya.
Apabila ada kumpulan mahasiswa yang mahu membuat demonstrasi aman bagi menggesa badan kerajaan seperti polis dan SPRM menyiasat serta mengambil tindakan terhadap ‘Malaysian Official 1’, mereka pula yang ditahan. Mereka pula yang akhirnya digari dan dibawa ke balai untuk disiasat. Individu misteri bergelar ‘Malaysian Official 1’ tersebut tidak pula dilayan sebegitu rupa.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913