Katanya, peruntukan dalam TPPA menjelaskan keperluan penyertaan AS memandangkan negara itu adalah ekonomi terbesar dunia, menyumbang kira-kira 20% output global.
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengulangi Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan gagal tanpa penyertaan Amerika Syarikat (AS).
Beliau berkata, peruntukan dalam Perkara 30 TPPA menjelaskan keperluan penyertaan AS dalam perjanjian perdagangan itu memandangkan AS adalah ekonomi terbesar dunia, menyumbang kira-kira 20% output global.
“Presiden Obama akan giat berusaha ke arah pelaksanaan TPPA bagi waktu-waktu terakhirnya. Ia akan berjaya jika mendapat sokongan yang mencukupi,” katanya kepada pemberita di luar Sesi Rangkaian Teras kedua, anjuran Unit Pemandu Agenda Bumiputera di sini, hari ini.
Calon Republikan bagi calon pilihan raya presiden AS, Donald Trump mengumumkan beliau tidak menyokong TPPA.
Trump dilaporkan berkata TPPA merupakan “pengkhianatan terbesar” kepada rakyat Amerika dengan mendakwa perjanjian berkenaan akan mengakibatkan kehilangan pekerjaan kepada rakyat AS daripada penyumberan luar kerja besar-besaran.
Read More / Baca Lagi >>