Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

#TangkapMO1: Peniaga untung RM2000 dalam 3 jam

$
0
0
Seorang peniaga aiskrim yang ditemui FMT, Hafiz Saad memberitahu keuntungan hari ini membolehkannya berehat selama seminggu.
rohaniKUALA LUMPUR: Perhimpunan #TangkapMO1 nampaknya membuka peluang perniagaan dan menjadi lubuk pendapatan kepada peniaga di sekitar Dataran Merdeka, khususnya.
Pengusaha Restoran Rohani yang terletak bertentangan Dataran Merdeka bersyukur selepas himpunan hari ini berjaya mengumpul keuntungan luar biasa iaitu RM2000 dalam tempoh tiga jam perhimpunan dimulakan sebentar tadi.
Pemiliknya Rohani Taufir Muhamad akui terkejut dengan sambutan hari ini selepas pertama kali menerima kunjungan pelanggan yang ramai dalam tempoh singkat sejak tiga tahun dia mengusahakan restoran itu.
“Restoran kami dibuka sejak jam 7 pagi hingga 7 malam tetapi sesak sejak jam 2 petang hinggalah sebentar tadi apabila himpunan bersurai. Biasanya kami hanya mengumpul keuntungan harian RM500, tetapi hari ini ia meningkat empat kali ganda,” katanya.
“Kalau macam ini gayanya, setiap hari berdemonstrasi pun tak mengapa. Boleh untung besar selalu,” tambahnya.
Dalam pada itu, seorang peniaga aiskrim yang ditemui FMT, Hafiz Saad memberitahu keuntungan hari ini membolehkannya berehat selama seminggu.
“Seronok dapat jumpa ramai orang dan aiskrim pun laku. Dalam tempoh beberapa jam ini sahaja saya sudah mengumpul keuntungan bersih kira-kira RM400,” katanya.
Hafiz berkata, tiap kali ada acara seperti konsert atau demonstrasi di sekitar Kuala Lumpur, dia akan membuka perniagaannya.
“Saya dapat tahu tentang himpunan ini di Facebook. Bila ada acara yang mengumpulkan orang ramai, maka ia adalah masanya untuk orang seperti saya menambah pendapatan,” katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913