Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Tangkap MO1 bukan Pokemon Go, seru peserta demonstrasi

$
0
0
Aktivis Hishammudin Rais memberitahu Himpunan #TangkapMO1 yang berlangsung pada petang ini sebagai signal kepada Himpunan Bersih 5 tidak lama lagi.
Tangkap MO1 bukan Pokemon Go, seru peserta demontrasi
KUALA LUMPUR: Walaupun rakyat Malaysia sedang dilanda demam memburu Pokemon, tekanan untuk menangkap Malaysia Official 1 (MO1) yang disebut dalam laporan saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) masih berterusan.
Sehubungan itu, wakil Pemuda Sosialis DAP (Dapsy), Raja Ahmad Iskandar Fareez menggesa rakyat yang fanatik dengan aplikasi permainan Pokemon Go supaya bangkit memperjuangkan hak sendiri dengan beralih kepada usaha mendesak pihak berkuasa menangkap MO1.
“Rakyat demam Pokemon tetapi Malaysia demam kerana 1MDB. Daripada tangkap Pokemon, baik kita tangkap MO1.
“Rakyat bertuah kerana mahasiswa bangkit pada hari ini demi memperjuang hak rakyat. Hak kita bangkit lawan MO1. Kita akan bergerak ke Dataran Merdeka. Bergerak sama dan tangkap MO1,” serunya.
Aktivis, Hishamuddin Rais memberitahu himpunan #TangkapMO1 yang berlangsung pada petang ini adalah permulaan bagi himpunan Bersih 5 tidak lama lagi.
“Anak muda adalah generasi baru untuk meneruskan perjuangan kita. Dan ini adalah ‘signal’ kepada Bersih 5,” katanya ketika berucap di hadapan peserta himpunan di hadapan pusat beli-belah Sogo.
Sementara itu, Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, himpunan tersebut perlu bagi mendesak individu yang dikaitkan dengan laporan DoJ dalam kontroversi salah tadbir 1MDB ditangkap segera.
“Saya berharap lebih ramai orang akan terlibat dalam kempen menangkap MO1. Ia isu penting kerana kita perlu menentang perbuatan merompak duit rakyat berjuta ringgit.
“Mereka kena ambil tanggungjawab tangkap MO1. Kalau PM (perdana menteri) tidak bertanggungjawab, beliau lebih baik undur. Kita tak perlukan PM yang tidak ambil tindakan. Kita harapkan untuk membawa reformasi di semua institusi,” katanya.
Peserta yang membawa sepanduk sambil melaung “#TangkapMO1” enggan menyebut nama mana-mana individu dikaitkan dengannya walaupun mereka turut dilihat membawa beberapa sepanduk gambar badut mirip Datuk Seri Najib Razak.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913