Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Tajuddin tunjuk ‘hero’, lupa orang tua yang menolongnya

$
0
0
Tun Mahathir memberi nyawa politik kepada Tajuddin selepas Ibrahim sendiri berjumpa dan merayu beberapa kali.
ibtahim-ali-tajuddin
PETALING JAYA: Datuk Ibrahim Ali mengingatkan Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman supaya tidak tunjuk “hero” tetapi menghormati orang tua yang penah menolongnya dalam karier politik.
Presiden Perkasa itu berkata demikian membidas kenyataan Tajuddin semalam yang menyatakan Tun Dr Mahathir Mohamad berbohong mengenai isu menandatangani surat penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
“Biarlah ada rasa hormat pada orang tua yang sebelum ini menolongnya. Walaupun ada perbezaan pendapat, tak payahlah tunjuk ‘hero’ secara tidak bertempat,” katanya dalam satu kenyataan media.
Jelasnya, seseorang ditahan di bawah ISA atas cadangan pihak keselamatan yang membuat pemantaun dan hasilnya dibincang dalam kalangan anggota jawatankuasa di bawah pengawasan Ketua Polis Negara dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri.
“Secara rasionalnya adalah menjadi formaliti Menteri dan Timbalan Menteri untuk menandatangani cadangan tetapi yang membuat sebarang keputusan adalah pihak yang bertanggungjawab kepada keselamatan negara. Seseorang kena faham inilah prosedur atau cara operasinya,” tambah Ibrahim.
Katanya, Tun Mahathir memberi nyawa politik kepada Tajuddin selepas Ibrahim sendiri berjumpa dan merayu beberapa kali.
“Tiga kali saya bangkit di mesyuarat Majlis Tertinggi agar Tajuddin Rahman di terima kembali menjadi ahli Umno,” kata Ibrahim.
Malah tindakannya itu juga menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi Timbalan Presiden dan Pengurusi Pengurusan Umno naik radang terhadapnya (Ibrahim) kerana membela Tajudin dalam mesyuarat Majlis Tertinggi.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913