Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Anak muda tolak pemimpin rasuah, seleweng kuasa

$
0
0

Akram Abdul GhafarAkram Abdul Ghafar
Himpunan Tangkap Malaysian Official 1 (MO1) di Dataran Merdeka semalam menjadi saksi protes ribuan anak muda terhadap kepimpinan negara yang diselubungi gejala rasuah dan penyelewengan kuasa.
Pekerja swasta, Akram Abdul Ghafar, 26, memberitahu Malaysia Dateline, beliau dan sebahagian besar rakannya yang lain benar-benar tertekan dengan peningkatan kos sara hidup mutakhir ini.
Mengakui tidak mengetahui tentang himpunan yang digembleng mahasiswa itu, beliau bagaimanapun bersetuju supaya senarai nama yang disebut dalam saman sivil dikemukakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) diheret ke muka pengadilan.
“Saya kalau ikutkan hari ini jalan-jalan saja di Sogo nak cari barang tapi tak sangka pula ada himpunan yang nampaknya ramai juga hadir,” ujarnya ketika melihat peserta mulai bergerak ke arah Dataran Merdeka mulai 2.50 petang semalam.Rahmat Haron (kiri) bersama wartawan Arif Atan.Rahmat Haron (kiri) bersama wartawan Arif Atan.
Turut sempat ditemubual Malaysia Dateline ketika perarakan ialah penyair unik, Rahmat Haron. Kelihatan ceria berarak bersama peserta demonstrasi lain yang juga membawa karikatur berupa imej Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau menganggap himpunan Tangkap MO1 adalah suara rakyat yang wajib didengar.
“Kita santai saja, himpunan aman, bukan? Perlu hormati hak rakyat untuk berhimpun. Demonstrasi ini bagi saya berjaya kerana diterajui mahasiswa sendiri walaupun beberapa hari sebelum himpunan ada pelajar yang disumbat,” ujarnya.
Ditanya tentang perhatian sebahagian orang ramai terhadap kemunculan kumpulan pemuzik jalanan terkenal, Caliph Buskers di perkarangan Sogo serentak ketika berlangsungnya ucapan aktivis mahasiswa, Rahmat menganggap itu hak masing-masing.
“Paling penting, pihak berkuasa harus memastikan keadaan terkawal. Bagi orang ramai pula, terpulang mahu sertai demonstrasi atau mahu berhibur tetapi kita semua tentunya mahu negara yang lebih baik dan masyarakat lebih sejahtera pada masa akan datang,” katanya lagi.
Nik LeeNik LeeSementara itu, aktivis dari Bangi yang mahu dikenali sebagai Nik Lee berkata, rakyat tidak harus berdiam diri dengan isu penyewengan dana awam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang turut berkaitan dengan jenayah pengubahan wang haram.
“Katakan kalau MO1 lebih kepada ciri-ciri Anwar Ibrahim atau beliau yang terima derma lebih RM2 bilion itu, saya percaya ramai yang melenting marah tapi bila Najib yang dapat derma sebegitu banyak itu dalam akaun peribadinya, semua ‘okey’ pula. Kalau Anwar, walaupun tiada bukti buat pun, semuanya salah Anwar,” ujarnya ketika ditemui berarak bersama peserta himpunan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913