Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Umno pakat sokong Najib mengenai pemimpin ‘kaki gaduh’

$
0
0
Pemimpin 22 tahun itu dikaitkan bergaduh dengan Raja-Raja Melayu, para hakim, raja, perdana menteri hinggalah ke timbalan perdana menteri.
najib umno
JEMPOL: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenyataan Perdana Menteri yang menyifatkan seorang bekas pemimpin negara yang berkhidmat selama 22 tahun sebagai kaki gaduh, disokong semua pihak.
Beliau berkata melihat kepada sejarah, bekas pemimpin negara itu bergaduh dengan empat perdana menteri termasuk Datuk Seri Najib Razak dan tiga timbalan perdana menteri termasuk Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya percaya tak ada orang yang akan mengatakan sebaliknya daripada apa yang disebut oleh Perdana Menteri (Najib)…semua perdana menteri dia gaduh, gaduh dengan Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang dengan Datuk Seri Najib.
“Tahun 1990 isu perlembagaan, bergaduh dengan semua Raja-Raja Melayu, dari segi kehakiman bergaduh dengan semua hakim waktu itu apabila dia memecat hakim dan sebagainya, dengan raja bergaduh, dengan perdana menteri bergaduh, dengan timbalan perdana menteri bergaduh,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib yang juga Presiden Umno semalam yang menyifatkan seorang bekas pemimpin negara yang berkhidmat selama 22 tahun sebagai kaki gaduh.
Najib berkata ini kerana pemimpin berkenaan sering mengkritik pemimpin terdahulu dan sekarang sebagai tidak betul dalam segala tindak tanduk mereka.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata beliau percaya tiada rakyat Malaysia yang menafikan kenyataan itu.
“Bukan sahaja perdana menteri, Sultan Johor (Sultan Ibrahim Sultan Iskandar) pun dalam titahnya menyatakan beliau kaki gaduh…jadi semua orang berpendapat sama bukan sahaja saya saja tapi semua orang,” katanya.
Di Kuantan, Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengingatkan anggota parti terutama pergerakan Pemuda supaya tidak mudah termakan hasutan bekas pemimpin parti yang dilihat sengaja merungkai kekuatan ‘jemaah’ parti.
Berucap merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kuantan di sini malam tadi, beliau yang juga timbalan menteri luar berkata anggota Umno perlu bijak mendepani dan menanganinya jika tidak mahu Umno dan negara khasnya menerima nasib sama seperti sesetengah negara Islam lain yang kini porak peranda akibat hasutan sehingga berlaku perpecahan dalam kalangan rakyatnya.
Turut hadir Ketua Umno Bahagian Kuantan Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat, timbalannya Datuk Seri Abdul Hamid Nazahar dan naib ketua Umno bahagian Datuk Shafik Fauzan Sharif dan Ketua Pemuda bahagian Nara @ Nikman Nordin.
“Sejarah di zaman sahabat Rasulullah membuktikan Saidina Uthman Ibn Affan sendiri dibunuh dalam keadaan menyayat hati, hanya disebabkan hasutan seorang yang berpengaruh ketika itu menyebabkan berlaku perpecahan dalam kalangan umat Islam selepas itu.
“Begitu juga dengan cabaran yang didepani oleh Umno ketika ini, kita perlu elak daripada menjadi mangsa hasutan, jika tidak mahu perjuangan parti yang sebegini panjang terungkai hanya disebabkan hasutan yang dilakukan oleh individu yang berpengaruh dalam parti sebelum ini,” katanya.
Di Butterworth, Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata beliau yakin tidak ada anggota dan pemimpin parti akan beralih menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia walaupun ada usaha menarik mereka menyertai parti pembangkang baharu itu.
Beliau yakin bukan sahaja anggota parti menyokong Umno dan Barisan Nasional, malah pengundi senyap turut menyokong Umno dan BN.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913