Penyelarasan harga pembelian bagi pangsapuri perkhidmatan (service apartment), SOHO (Small Office Home Office) dan SOVO (Small Office Versatile Office) di Selangor dibuat bagi kepentingan semua.
Menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Datuk Iskandar Abdul Samad, penyelarasan tersebut menjadikan Selangor negeri pertama yang mengawal harga pasaran bagi kediaman itu.
Justeru, katanya tidak timbul dakwaan mengatakan kerajaan Selangor mengkhianati rakyat yang memerlukan rumah, kata Iskandar.
“Cubaan mereka untuk memburukkan kerajaan negeri mendedahkan kejahilan mereka terhadap fakta yang sebenar.
“Pangsapuri perkhidmatan, SOHO dan SOVO bukan Rumah Selangorku atau rumah mampu milik. Rumah Selangorku kekal di antara RM42,000 hingga RM250,000.
“Hanya rumah mampu milik Kerajaan Persekutuan adalah sehingga RM300,000,” tegas Iskandar yang juga Pesuruhajaya PAS Selangor dalam satu kenyataan.
Kerajaan Selangor semalam dilaporkan akan melaksanakan garis panduan pembangunan baru bermula 1 September ini.
Memetik laporan Nanyang Siang Pau, 10 peratus diskaun bumiputera bagi jenis kediaman itu akan dimansuh dan hanya kuota jualan 30 peratus untuk bumiputera akan diteruskan.
Mengulas lanjut, Iskandar berkata rumah Selangorku dibina di atas tanah berstatus kediaman tetapi pangsapuri perkhidmatan, SOHO dan SOVO dibina di atas tanah berstatus perniagaan.
Sasaran pemilikan untuk jenis-jenis kediaman itu adalah berbeza dari Rumah Selangorku, katanya.
“Rakyat marhaen akan membeli Rumah Selangorku.
"Cukai tanah dan cukai pintu malah tarif air dan elektrik adalah lebih tinggi bagi tanah yang berstatus perniagaan,” kata Iskandar.
Katanya, dengan polisi baru itu, pemaju yang membina kediaman berkenaan perlu membina 10 hingga 20 peratus unit mampu milik daripada jumlah keseluruhan unit yang dibina.
"Contohnya jika dahulu kebanyakan harga jualan SOHO dan SOVO yang paling rendah adalah di antara RM450,000 hingga RM500,000. Tetapi unit-unit mampu milik adalah di antara RM230,000 hingga RM270,000.
Katanya, memandangkan perbezaan harga yang besar di antara unit-unit mampu milik dan unit-unit biasa, tiada diskaun bumiptera akan diberikan kepada pembeli.
Read More / Baca Lagi >>