Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Melayu masuk DAP gila nak jadi pemimpin, kata Bung Moktar

$
0
0
Katanya, kerana terlalu inginkan jawatan mereka sanggup menjadi kuda tunggangan DAP sehingga tergamak mencaci pemimpin Melayu dalam Umno.
Bung-MokhtarPETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Bung Moktar Radin hari ini menempelak sekumpulan anak muda Melayu yang menyertai DAP dengan menyalahkan Umno sebagai parti pengkhianat.
Katanya, Melayu menyertai DAP sehingga sanggup memburuk-burukkan Umno hanya kerana gilakan jawatan dan terlalu ghairah menjadi pemimpin.
Katanya, berbanding Umno, bukan mudah untuk parti Melayu itu memberikan jawatan kepada mana-mana individu dalam tempoh singkat.
“Pada saya minoriti anak muda Melayu yang menyertai DAP disebabkan mereka terlalu ghairah untuk menempatkan diri sebagai pemimpin.
“Dalam DAP walaupun diperkuda pemimpin senior DAP, tetapi kerana terlalu inginkan jawatan mereka sanggup menjadi kuda tunggangan DAP sehingga sanggup mencacai pemimpin Melayu dalam Umno.
“Pemimpin muda Melayu DAP ini ibarat si luncai dengan labunya, akhirnya mereka tidak ke mana-mana pun dan sekadar menjadi bola tendangan DAP,” katanya kepada FMT.
Bung berkata demikian sebagai mengulas kenyataan sekumpulan ahli Melayu DAP menuduh Umno sebagai parti pengkhianat dan tidak mempedulikan nasib orang Melayu yang mendorong mereka menyertai DAP.
Kumpulan 14 orang itu mengeluarkan kenyataan bersama membidas Ketua Pemuda Wilayah Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Rafii yang didakwa mengatakan DAP tidak pernah menghormati orang Melayu dan akan terus bersikap demikian jika berkuasa.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913