Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Husam beri tonik baru kepada Amanah

$
0
0

KOTA BHARU - Kemasukan Datuk Husam Musa ke dalam Parti Amanah umpama tonik yang boleh beri kekuatan baru parti itu setelah berhadapan beberapa episod mengecewakan sebelum ini.
Perkembangan ini juga bakal menjadikan suasana politik negara khususnya di Kelantan menjadi lebih menarik kerana seteru utama Amanah iaitu Pas masih berkuasa di sana.
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, ini kerana selaku parti serpihan Pas, tentulah Kelantan menjadi tapak terbaik Amanah membuktikan keupayaannya kepada Pas.
"Penyertaan Husam ke dalam Amanah tidaklah mengejutkan kerana hampir semua pemimpin tinggi Amanah Kelantan adalah mereka yang diketahui umum mempunyai hubungan rapat dengan beliau.
"Walaupun agak terlewat, tindakan ini mampu memberi lonjakan kepada Amanah yang sebelum ini mengalami penurunan moral ekoran kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak serta Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” katanya.
Kamarul diminta mengulas pengumuman Husam yang juga Adun Salor menyertai Amanah dalam satu majlis di Cyberjaya semalam.
Menurutnya, Amanah tidak mempunyai ideolog yang berkesan di kalangan pemimpin tertingginya maka kemasukan Husam yang mengakui minatnya adalah menulis, berbahas dan mencambah minda boleh membantu memperkuatkan Amanah dalam sudut itu.
Beliau berkata, dari segi jangka pendek, kedudukan Kerajaan Kelantan tidak akan tergugat dengan penyertaan Husam ke dalam Amanah ini, sebagaimana yang pernah dijelaskan sebelum ini.
"Selain dari terikat dengan lafaz bai'ah, wakil rakyat dan pemegang jawatan lain dalam kerajaan negeri tidak akan mudah meninggalkan Pas untuk menyertai Amanah kerana Amanah tidak mampu memberikan mereka apa yang Pas melalui kerajaan negeri berikan.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913