Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

'Tulisan Zam tentang Habibie selayaknya dibakulsampah'

$
0
0
Tulisan Zainudin bertajuk 'Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim' (UM 10 Disember 2012) selayaknya dibakulsampahkan jika Editor UM wartawan yang peka dan tajam pemikirannya.
Tulisan Zainudin yang merupakan bekas ketua pengarang Utusan dan mantan menteri penerangan, mengundang ribut taufan sehingga Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia (parlien) membuat bantahan rasmi dan memohon Zainudin memohon maaf.

NONEKemesraan yang mahu diperelokkan lagi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tercalar dengan tulisan Zainudin.

Zainudin tidak sepatutnya cemburu dengan Anwar Ibrahim yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin di Indonesia sejak zaman Pak Mohamad Natsir lagi.  Pada era pemerintahan Soeharto,  hampir separuh anggota kabinet Indonesia adalah sahabat Anwar.

Anwar menjalin hubungan rapat dengan cendikiawan dan pemimpin Indonesia termasuk Habibie sejak beliau memimpin Abim dan aktif dalam World Assembly of Muslim Youth (Wamy). Hubungan rapat Anwar dengan pemimpin Indonesia ini sebenarnya membantu merapatkan lagi hubungan Malaysia- Indonesia di zaman Mahathir.

Barangkali ramai rakyat Malaysia tidak tahu bahawa Mahathir memecat Zainudin daripada Utusan Melayu pada 1992 kerana hendak menjaga hubungan baik Malaysia-Indonesia. Seorang wartawan kanan Utusan yang membuat liputan Persidangan Pergerakan Berkecuali (NAM) di Jakarta pada tahun itu telah menulis sebuah rencana menuduh Mahathir menghina media Indonesia apabila beliau bercakap bahasa Ingeris ketika ditemubual wartawan Indonesia.

Mustahil Zainudin Maidin sudah lupa peristiwa ini kerana beliau yang mengedit dan menerbitkan rencana itu. Mahathir amat marah dan meminta Anwar mencari pengarang yang lebih cerdik menggantikan Zainudin. Anwar kemudiannya menamakan Johan Jaafar sebagai pengganti Zainudin.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913