Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Menteri Pengangkutan diminta batalkan saman AES

$
0
0
 
KUALA LUMPUR, 19 Dis — Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha diminta membatalkan 300,000 saman dikeluarkan oleh Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang mencetuskan kontroversi dan kemarahan rakyat apabila dilihat sebagai penswastaan dalam penguatkuasaan undang-undang jalanraya.
Kerajaan Pulau Pinang memberitahu Putrajaya hari ini untuk tidak hanya menangguhkan saman dikeluarkan AES, tetapi membayar semula kepada orang ramai saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak 23 September.
“Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha (gambar) seharusnya menggunakan kuasanya untuk membatalkan saman JPJ sebagai menebus kesilapannya menyokong AES.
“Jika Kong tidak melakukan demikian, beliau harus letak jawatan kerana menyokong AES, dan memburuk-burukkan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan mengatakan kami menggalakkan kemalangan berlaku,” kata Lim Guan Eng yang merupakan ketua menteri Pulau Pinang, dalam satu kenyataan hari ini.
Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan semalam mengarahkan penangguhan kepada semua prosedur mahkamah melibatkan saman AES untuk mengkaji semula undang-undang, walaupun saman itu masih lagi sah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913