Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Hisham: Muhyiddin mungkin emosi, nak publisiti

$
0
0
Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyaman beliau mungkin bersandarkan emosi dan mahukan publisiti.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan bekas timbalan perdana menteri itu mungkin mahu meraih perhatian orang ramai dengan isu yang mahu dibangkitkan.
"Dia (Muhyiddin) kena buktikan kenyataannya ada asas, sebelum sesiapa hendak menafikan dan membawanya ke mahkamah.
"Apa gunanya kalau sekiranya sesuatu perkara itu dibawa ke mahkamah tetapi tiada asas dan fakta berhubung kait dengan perkara yang dibangkitkan awal-awal lagi.
"Jadi, mungkin (tindakan) itu sesuatu (yang disebabkan) dari segi emosi,
dari segi harapan untuk dapat publisiti dan dapat tumpuan orang ramai.
"Kadangkala, pergi ke mahkamah, ia (perkara yang dibangkitkan) akan dapat tumpuan ramai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Johor Bahru hari ini.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad. Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan turut mengingatkan sebelum sebarang tuduhan dilemparkan sesetengah pihak, ia perlulah bersandarkan kepada fakta, asas dan bukti.
Dua hari lepas, Muhyiddin mencabar untuk bertindak menyaman jika dakwaan rasuah melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilontarkannya tidak benar.
Sementara itu, berhubung kenyataan Muhyiddin semalam mengenai 67 kerusi Barisan Nasional (BN) bakal berhadapan dengan risiko kalah, Hishammuddin berkata ia sekadar andaian semata-mata.
"Kita tak layan andaian. Yang penting kita dalam parti, di Bahagian
masing-masing kena jaga jentera supaya apa yang jadi andaian dan ramalan mereka tidak akan jadi satu kenyataan," kata beliau.
Semalam, Muhyiddin turut dilaporkan berkata sekiranya empat peratus sahaja pengundi beralih angin, 45 kerusi daripada 67 kerusi BN itu boleh menjadi milik pembangkang.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913