Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Mengenang Anwar sebagai mangsa kebobrokan sistem pemerintah

$
0
0
OLEH : NURUL IZZAH ANWAR
Pada malam 10 Ogos lalu, saya sempat merenung jauh ke tembok Penjara Sungai Buloh yang suram – menyembunyikan genggaman rindu serta sayu – tinggalan sejarah reformasi yang juga disulami realiti terkini.
Malam itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ayahanda kepada kami enam beradik menyambut kelahirannya yang ke-69, walau jeriji besi 13 lapisan memisahkan kami buat masa ini. Seakan-akan deja vu melihat wajah sahabat, taulan, kenalan, teman, keluarga, semuanya seperjuangan.

Zaman silih berganti, namun sesiapa saja yang lantang berprinsip dalam menegakkan kebenaran menentang kezaliman masih lagi diperlakukan tanpa keadilan oleh parti pemerintah.
Ayah saya merupakan salah seorang mangsa kebobrokan sistem. Kali pertama ketika beliau diperlakukan dengan tidak adil, yang kekal terpahat sebagai memori hitam adalah pada tahun 1998.
Ayahanda telah ditahan di bawah akta ISA tahanan tanpa bicara, disusuli dakwaan palsu yang menyebabkan beliau dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun lamanya.
Yakni, setelah saban tahun berlalu, diakui bahawa dakwaan palsu tersebut merupakan konspirasi politik berskala mega. Kerana lantang bersuara dalam mendedahkan salah urus tadbir negara, beliau sekali lagi dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun di Sungai Buloh.
Pengalaman terdahulu, bermula dengan hampir 2 tahun ditahan di Kamunting semasa zaman mahasiswa – mengetuai protes di Baling pada tahun 1974, menjadikan jumlah beliau dipenjarakan di Malaysia adalah 13 tahun.
Tiga belas tahun merupakan tempoh yang signifikan sebagai fasa transisi pembelajaran. Bayangkan tempoh pengajian bermula dari pra sekolah 5 tahun sehingga tamat pengajian menengah pada umur 17 tahun.
Bahkan, analogi yang lebih universal adalah tempoh 13 tahun itu sudah melebihi jumlah diperlukan untuk planet Jupiter mengelilingi Matahari!
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913