Sebenarnya sejarah lama berulang. Tahun 1981, rakyat Malaysia melonjak gembira apabila Saudara Anwar Ibrahim bersetuju untk bekerjsama dengan Dr Mahathir dengan menyertai UMNO. Dan bermulalah sejarah gemilang bangsa Melayu yang merupakan tonggak bangsa Malaysia apabila muncul gandingan Mahathir-Anwar yang berteungkus lumus memikrkan tentang kemajuan bangsa.
Mereka berjuang untuk memajukan bangsa dan bukan untuk mengkayakan diri sepertimana yang dilakukan oleh setengah pemimpin negara ketika ini. Mereka berjuang untuk meletakkan Malaysia di peta dunia sebagai satu negara dan bangsa yang diharapkan akan disegani oleh negara di dunia. Malaysia telah pun diiktiraf sebagi salah sebuah negara ‘tigers’ di Asia pada ketika itu, hasil usaha yang diterajui oleh mereka.
Negara Malaysia dihormati oleh negara asing ketika itu dan bukan seperti kini kita sentiasa diherdik dan dipandang hina oleh negara luar. Dr. Mahathir ‘walking tall’ apabila muncul di persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mencapaikan ucapan. Bukan sahaja negara-negara Afrika dan Asia yang menghormati kita pada ketika itu, malah seluruh negara dunia memandang Malaysia sebagai sebuah neara yang seharusnya dihormati.
Kehadiran perwakilan Malaysia di UNESCO bukan sekadar untuk ‘memanas punggung’ seperti yang berlaku kini tetapi Saudara Anwar Ibrahim telah untuk menjadi Presiden UNESO pada tahun I992 menewaskan pencabarnya, bekasa Timbalan Perdana Menteri Australia.
Anak Malaysia yang berada di luar negara begitu bangga menjadi rakyat Malaysia bukan seperti keadaan kini dimana kita terpaksa ‘menyembunyikan’ diri untuk berhadapan dengan rakan-rakan dari negara asing. Kejayaan yang dicapai pada ketika itu adalah ‘sumbangan’ dua orang tokoh ini ia itu Dr Mahathir dan Saudara Anwar Ibrahim.
Mungkinkah sejarah akan berulang? Rakyat Malaysia dari semua bangsa dan keturunan sedang mendoakan agar keadaan sedemikian terjadi.
abuhassanadam