OLEH DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
1.Kehadhiran Tun Mahathir Mohamad di mahkamah Jalan Duta pada Isnin 5 Sept dan bertemu serta bersalam erat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim suatu yang sangat menarik untuk dianalisa oleh penganalisis politik masa depan Malaysia.
Pertemuan ini sudah tentu suatu yang sangat mengejutkan semua pihak kerana kedua dua manusia ini mempunyai sejarah hitam dan pedih antara satu sama lain.Tiada siapa menjangka pertemuan seperti ini boleh terjadi.
2.Walau tiada permohonan maaf dan kemaafan dilafazkan antara keduanya tetapi sokongan dan dokongan Tun M terhadap usaha DSAI dalam samannya menghalang perlaksanaan akta MKN serta penghargaan DSAI atas sokongan dan dokongan Tun M sudah cukup memberi gambaran dan isyarat kepada rakyat tentang politik Malaysia yang memerlukan jiwa besar untuk mu Malaysia diselamatkan. Akta MKN menjadi titik permulaan kepada banyak persamaan antara mereka berdua.
3.Pada saya mereka berdua adalah manusia besar yang berjiwa besar untuk Malaysia yang lebih besar. Apa yang ada di dalam hati mereka itu serah pada Allah,yang penting Malaysia memerlukan mereka berdua untuk menggerakan reformasi bersama rakan pembangkang yang lain terhadap institusi pentadbiran negara.
4.Doa dari Tun M untuk DSAI sihat serta perakuan DSAI yg Tun M baik hati suatu yang di nanti oleh rakyat untuk masa depan Malaysia yang bebas dari cengkaman MO1 dan parti Umno milik MO1.Reformasi institusi sangat diharapkan untuk mereka berdua bersama rakyat menebus kegagalan masa lalu dengan menggerakan people Grand Coalition.
Read More / Baca Lagi >>