Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

320 unit rumah dibeli, dijual harga murah oleh Kerajaan Negeri P.Pinang

$
0
0

KETUA Menteri (tujuh dari kiri), barisan pemimpin negeri dan wakil pemaju Zubicon selepas majlis MoU, turut melawat serta merakamkan gambar kenang-kenangan di tapak projek pemajuan The Rise dekat Jalan S.P. Chelliah baru-baru ini.-Foto Malaysia Dateline oleh Darwina Mohd DaudKETUA Menteri (tujuh dari kiri), barisan pemimpin negeri dan wakil pemaju Zubicon selepas majlis MoU, turut melawat serta merakamkan gambar kenang-kenangan di tapak projek pemajuan The Rise dekat Jalan S.P. Chelliah baru-baru ini.-Foto Malaysia Dateline oleh Darwina Mohd Daud
Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini yang digambarkan anti Melayu membeli 320 unit rumah kos sederhana rendah (KSR) berharga RM140,000 seunit untuk dijual semula kepada pembeli Bumiputera dengan harga RM72,500.
Ketua Menterinya Lim Guan Eng berkata langkah itu mampu memastikan lebih 30 peratus kuota Bumiputera yang diperuntukan dalam projek perumahan di tengah-tengah bandar raya George Town turut mampu dimiliki oleh mereka yang layak.
"Ia (320 unit rumah KSR) tidak akan dilepaskan sekiranya tidak dapat dijual, sebaliknya tetap akan disimpan," ujarnya.
Sebelum itu, Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Jual Beli 320 Unit Rumah Mampu Milik Jenis B (KSR) The Rise, antara wakil Kerajaan Negeri dan pemaju, sebelum melawat tapak projek pembinaan.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus yang mewakili Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) menandatangani MoU tersebut, dengan Pengarah syarikat pemaju Zubicon Sdn. Bhd. (Zubicon) Lim Beng Keong.
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon yang juga Naib Pengerusi I PKR Negeri, Jagdeep Singh Deo (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Datuk Keramat), serta barisan pemimpin Kerajaan Negeri dan beberapa Adun lain turut menyaksikan majlis MoU tersebut.
Difahamkan, sebanyak 2,093 unit rumah mampu milik (RMM) dibina dalam projek The Rise di atas sebidang tanah berkeluasan 11.04 ekar di dalam Dun Datuk Keramat.
Mengikut kategori, 883 unit RMM dengan luas lantai 800 kaki persegi ditawarkan dengan harga jualan RM200,000; 165 unit RM luas lantai 900 kaki persegi ditawarkan dengan harga jualan RM300,000; dan 275 unit luas lantai 1,000 kaki persegi ditawarkan harga jualan RM400,000.
Dalam projek sama ini, sejumlah 770 unit KSR dengan luas lantai 700 kaki persegi turut dibina, dengan 320 KSR sahaja dibeli oleh Kerajaan Negeri untuk dijual semula kepada Bumiputera.
Menurut Guan Eng, Kerajaan Negeri mengeluarkan sejumlah RM44.6 juta daripada dana Akaun Amanah Perumahan Bumiputera Pulau Pinang (Tabung Bumiputera) untuk membeli semua 320 unit rumah KSR itu.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913