Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Angkut sambil lombong punca berjuta tan bauksit gagal dieksport - Fuziah

$
0
0
Fuziah tidak yakin baki bauksit itu dapat dikosongkan dalam tempoh tiga bulan ini, malah beliau juga bimbang dengan ramalan Kuantan mungkin dilanda banjir besar pada akhir tahun ini.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mendakwa aktiviti melombong bauksit masih berlaku dan ia adalah punca 4.13 juta tan bauksit tidak sempat dieksport dari Pelabuhan Kuantan.
Wakil rakyat PKR itu berkata, dakwaan terbabit dibuat berdasarkan aduan orang ramai.
“Ada 4.13 juta tan bauksit lagi kan? Ini yang saya tak faham, dah beberapa bulan masih tak settle? Itu yang saya khuatir ada aktiviti mengorek sambil membawa simpanan (bauksit) keluar,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Beliau mengulas keputusan kerajaan melanjutkan tempoh moratorium ke atas aktiviti perlombongan bauksit buat kali ketiga sehingga 31 Disember ini untuk mengosongkan baki 4.13 juta tan bauksit dalam simpanan.
Semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberi amaran moratorium itu akan dilanjutkan lagi, jika semua baki bauksit gagal dieskport menjelang hujung tahun ini.
Mengulas lanjut, Fuziah tidak yakin baki bauksit itu dapat dikosongkan dalam tempoh tiga bulan ini, malah beliau juga bimbang dengan ramalan Kuantan mungkin dilanda banjir besar pada akhir tahun ini.
“Bukan setakat angkut simpanan bauksit, tapi melihat juga kepada rantaian perlombongan. Daripada melombong sampai kepada mengangkut, sampai ikut laluan mana, sampai nak eskport.
“Aspek-aspek itu semua belum siap, belum ada laluan khas, belum ada lokasi stockpile, belum ada usaha rehabilitasi.
“Kalau (bauksit) tak dibersihkan, ia boleh menyebabkan banjir selut, sebab banyak hasil (bauksit) atas bukit. Kuantan ini kawasan paling rendah dan amat bahaya,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913