PUTRAJAYA, 28 April — Pengundian pos oleh pengundi di luar negara yang
berlangsung pada Ahad berjalan lancar tanpa sebarang masalah, kata
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Kamaruddin Mohamed
Baria.
Beliau berkata, sehingga tengah hari Ahad, secara purata kira-kira 50 peratus daripada pengundi telah menyerahkan kembali sampul kertas undi mereka.
"Di Wellington (New Zealand), angkanya kira-kira 60 peratus. Beijing (China), Tokyo (Jepun), Shanghai (China) dan Canberra (Australia) lebih kurang 50 peratus baru keluar (menyerahkan sampul)," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat SPR di sini, Ahad.
Kamaruddin berkata Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara akan terus dibuka sehingga jam 6 petang waktu tempatan bagi tujuan itu.
Pejabat di Melbourne dan London bagaimanapun akan dibuka sehingga 8 malam kerana pengundi yang berjumlah lebih 1,000 orang, katanya.
Read More / Baca Lagi >>