Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin warna dakwat kekal yang akan diguna
pada pilihan raya umum ini masih kekal rahsia dan tidak mungkin ditiru
kerana hanya tiga orang sahaja yang tahu mengenainya.
Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata selain beliau, hanya Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan seorang lagi individu yang tidak boleh didedahkan namanya tahu warna sebenar dakwal kekal itu.
"Jadi kita percaya tidak akan terkeluar warna dakwat itu," katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPR, di Putrajaya hari ini.
Kamaruddin berkata warna dakwat yang unik dan lain daripada yang lain juga membolehkan pegawai SPR mengenal pasti jika ada pengundi yang dicalit dengan dakwat lain.
Katanya bahan yang diguna untuk membuat dakwat itu juga adalah lain daripada kebiasaan, sekali gus tidak memungkinkan untuk ditiru.
Read More / Baca Lagi >>