Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Ekonomi lembap bukan salah pemimpin sekarang, cuma PM dahulu bernasib baik - Zahid

$
0
0
Zahid berkata, kelembapan ekonomi yang dihadapi negara ketika ini perlu ditangani semua pihak secara bersama.
zahid-hamidiKUALA LUMPUR: Ekonomi negara lebih baik pada zaman pentadbiran perdana menteri terdahulu, kerana pemimpin negara bernasib baik ekoran pasaran dunia dan harga komoditi meningkat ketika itu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemelesetan ekonomi ketika ini bukannya salah pucuk pimpinan negara, memandangkan kebergantungan Malaysia terhadap pasaran dunia.
“Jika ada perdana menteri terdahulu menyatakan di zamannya ekonomi baik, beliau bernasib baik kerana ketika itu harga minyak, gas meningkat…beliau bernasib baik ketika itu harga komoditi meningkat kerana pasaran dunia menyebabkan keadaan itu berlaku.
“Peperangan di Iraq, peperangan timur tengah, peperangan di tempat lain yang menyebabkan permintaan kepada bahan petroleum…ini keadaan berbeza. Ini bukan salah kepimpinan…ini pergantungan kita kepada pasaran dunia,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-8 Parti Makkal Sakti Malaysia hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913