Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PRU Mac tahun depan hanya spekulasi, kata Zahid

$
0
0
Beliau berkata laporan itu hanya kajian dibuat berdasarkan kepada 'structured sampling' yang dilakukan media berkenaan.
zahid electionKUALA LUMPUR : Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata laporan Bloomberg yang menjangkakan pilihan raya umum (PRU) akan diadakan pada Mac tahun depan, hanya spekulasi.
Beliau berkata laporan itu hanya kajian dibuat berdasarkan kepada ‘structured sampling’ yang dilakukan media berkenaan.
“Tetapi realitinya kita harus berpijak di bumi yang nyata dijana kepimpinan dalam kerajaan BN serta Umno. Ia kaji selidik yang dibuat secara akademik tetapi realitinya adalah berbeza.
“Insya-Allah kita akan bekerja keras. Kita kena bekerja keras dan cerdik untuk menentukan BN menjadi peneraju kepada kepimpinan di negara ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Kali Kelapan Parti Makkal Sakti Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, Zahid berkata Umno tidak pernah menggunakan taktik menakutkan pengundi dalam gerak kerja PRU dan apa yang dilakukan hanya cara memujuk.
“Kita bukan hanya mahu bernostalgia menyatakan track record yang kita lakukan. Tetapi kita akan memberikan sesuatu yang baru, harapan terutamanya kepada pengundi pertama kali iaitu generasi Y.
“S aya yakin kalau adapun pendapat peribadi daripada mana-mana pemimpin politik parti komponen BN elok disampaikan melalui saluran Dewan Tertinggi BN dan jangan menggunakan medium lain untuk berbeza pendapat,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913