Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

CEPAT ATAU LAMBAT TARIKH PILIHANRAYA, KEPUTUSAN TIDAK BANYAK BERBEZA

$
0
0
Beberapa bulan sebelum ini, berikutan Najib Razak dilihat tidak lagi tergugat kedudukannya kerana semua musuh-musuhnya sudah dikeluarkan daripada UMNO, dibayangkan beliau akan mengadakan pilihanraya umum secara mengejut untuk memastikan pegangannya terhadap kuasa terus berlanjutan.

Jangkaannya ialah beliau dikhabar-anginkan akan memanggil pilihanraya mengejut atau "snap election" pada Mac atau April 2017.

Bagaimanapun, apabila timbul isu saman Jabatan Kehakiman AS berkaitan dana 1MDB yang dilencongkan, isu pilihanraya mengejut itu senyap daripada diperkatakan.

Wujudnya saman itu dilihat  telah memberi kesan yang besar kepada "mood"  pengundi, khususnya di bandar, kalangan orang muda dan mereka yang ada telefon pintar dalam genggaman. Maka, diberitakan tidak mungkin Najib berani mengawalkan tarikh pilihanraya.

Sehari dua ini, setelah Tun Mahathir Mohamad bersalaman dengan Anwar Ibrahim dan kemudian diikuti dengan lulusnya pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau PPBM, sekali lagi timbul kemungkinan Najib akan mengadakan pilihanraya secara mengejut.

Tarikh yang disebut tetap tidak berubah, iaitu sebelum April 2017. Najib dikatakan tidak mungkin menangguhkan lagi tarikh pilihanraya kerana ia akan memberi ruang kepada PPBM untuk bertapak dengan lebih kukuh.

Najib kini dikatakan terdesak untuk memanggil pilihanraya sebelum PPBM dapat menyusun struktur partinya di peringkat negeri dan bahagian-bahagian. Selain itu, parti-parti pembangkang masih berpecah, belum ada kata putus dari segi pembahagian kerusi dan kesepakatan satu lawan satu juga belum muktamad. Ini menjadikan suatu kelebihan bagi BN jika diadakan pilihanraya secara tiba-tiba.

Lagi Najib menangguhkan tarikh pilihanraya atau menunggunya sehingga Mei 2018 iaitu tarikh akhir yang dibenarkan, dikatakan lebih banyak isu bakal timbul dan menambah-sukarkan lagi peluang BN. Saman Jabatan Kehakiman AS mungkin sudah ada keputusannya dan beralih kepada tindakan jenayah pula, manakala beberapa negara lain yang sedang menyiasat 1MDB juga tidak mustahil ada tindakannya masing-masing. Tentu saja, ia merupakan "detik maut" bagi BN ketika itu nanti.

Oleh itu, melewatkan pilihanraya dikatakan bukanlah pilihan yang baik bagi Najib. Kalau mahu menang dan terus berkuasa, kena dipercepatkan, demikian antara ungkapan pakar-pakar politik di kedai-kedai kopi dan coffee house hotel di seluruh negara.

Benarkah begitu?

PRU 14 sebenarnya adalah menentukan pilihan berkaitan Najib. Semua isu yang terbentang dalam negara adalah berkaitan dengannya. Tidak ada isu yang terlepas kaitannya dengan Najib. 1MDB, derma ribu-ribu juta, Jho Low, Riza Aziz, Rosmah, penyelewengan, penyonglapan, rasuah, pembaziran, kemewahan, hutang, OSA, Akta MKN dan segala macam lainnya adalah segala-galanya berkaitan dengan Najib.

Belum pernah mana-mana Perdana Menteri sebelum ini menghadapi sebegini sarat isu membeliti dirinya dalam tempoh sesingkat cuma tujuh tahun memegang kuasa. Dengan itu, Najib boleh ditafsir dengan bermacam-macam kelemahan berkaitan diri dan kepimpinannya.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913