Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Pemuda Umno bantah digantung 6 tahun

$
0
0
Mohd Rafiq Naizamohideen berkata kedudukannya dalam exco Pemuda juga ditarik kerana pembabitannya dalam satu forum untuk Tun Dr Mahathir Mohamad tahun lalu yang dibatalkan.
Mohd RafiqPETALING JAYA: Seorang ahli Pemuda Umno hari ini mendakwa keahliannya digantung daripada parti untuk selama 6 tahun kerana satu acara membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mohd Rafiq Naizamohideen berkata jawatannya dalam exco Pemuda Umno juga ditarik balik.
Katanya, beliau bercadang untuk membuat rayuan terhadap tindakan parti itu yang dikatakan berpunca daripada cubaan untuk sabotaj Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi Umno Melaka Datuk Seri Idris Haron.
Rafiq berkata tindakan itu diambil susulan beliau sepatutnya terbabit dalam rancangan mengadakan forum Bicara Negarawan, tahun lalu yang menampilkan Dr Mahathir.
Pada masa itu, bekas perdana menteri itu dalam jelajah ke seluruh negara menghadiri forum umum dalam kempen menyingkirkan Najib sebagai presiden dan perdana menteri.
Rafiq dipetik sebagai berkata Dr Mahathir dijadualkan mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai masa depan Umno dan PRU14.
Bagaimanapun, katanya acara itu tidak jadi diadakan dan jemputan awal kepada Dr Mahathir dibuat ketika beliau masih ahli Umno.
Dr Mahathir keluar parti pada awal tahun ini.
Rafiq berkata beliau kemudian mendesak penganjur membatalkan acara itu kerana bimbang mereka tidak akan dapat mengawal apa yang Dr Mahathir akan cakap, lapor Malaysiakini.
Katanya, beliau kemudian dirujuk kepada jawatankuasa disiplin Umno selepas Idris membangkitkan lagi isu berkenaan, setahun selepas itu.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913