Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Kritikan pada SS Datuk Mufti perlu atas objektiviti

$
0
0
Dr. Mujahid Yusuf RawaDr. Mujahid Yusuf Rawa
Penyataan saya dalam Sinar Harian pada 5hb September telah menimbulkan berbagai spekulasi dalam media sosial. Ia ekoran dari teguran saya kepada Mufti Wilayah Persekutuan dalam artikelnya antara lain menyeru ahli parlimen muslim wajib menyokong pindaan RUU 355 yang dibawa oleh ahli parlimen Marang dalam usul persendiriannya pada sesi parlimen yang lalu. Entah bagaimana gaya pelaporan itu ditulis begitu rupa menyebabkan salah tanggap 'gaya saya' menegur. Saya telah pun memohon maaf dalam artikel saya atas kekeliruan ini.
Hebohlah dalam media sosial 'mengutuk' saya dan menambahlah dalam senarai label cliché 'anti-ulamak' anti-ruu 355' tak hormat mufti dll. Saya berdiam diri 3 hari tapi mengikuti respons dalam media sosial yang bertubi-tubi 'menyerang' saya. Diam saya diam berisi, pada waktu yang sama, saya menyiapkan artikel untuk menjawab tulisan SS Mufti supaya asas teguran saya diperincikan secara objektif dan intelek. Saya tidak mengharapkan para pentaksub untuk memahami tulisan saya kerana mereka tiada nilai ilmiah yang amat kritikal untuk perdebatan sihat. Artikel saya bertujuan untuk difahami oleh mereka yang bersedia membaca, berfikir dan menilai hujahan bebas dari virus buta-tuli (atau buta-perut) yang telah mengambil ramai mangsanya dalam alam media sosial hari ini.
Semangat kritikan saya pada SS Datuk Mufti WP adalah atas objektiviti dan bukan merendah-rendahkan keperibadian si penulis mahupun institusi yang diwakilinya. Saya berhati-hati memilih ayat dan perkataan serta membina struktur penulisan atas premis yang jelas. Pada waktu yang sama, saya menghubungi sdr Khairol Najib selaku petugas sepenuh masa parti Amanah untuk berhubung dengan Pejabat Mufti Wilayah bagi tujuan kunjungan mahabbah sambil menjelaskan keadaan yang mengelirukan.
Selesai penulisan 2 hari, saya bersedia ke KL untuk memenuhi temujanji yang berjaya dibuat. Kereta saya meluru ke pejabat Mufti terletak di bangunan tinggi atas bukit bersebelahan mesjid negara. Kami bertemu di tingkat bawah bersama Naib Ketua Pemuda dan ajk Pemuda Amanah, Ketua Wanita Muda, Peguam dari biro undang-undang Kanun dan beberapa pegawai media Amanah.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913