Ti Lian Ker berkata, Nazri perlu mengenangkan sumbangan parti komponen BN.
PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz diingatkan tidak angkuh dan bertindak melampau dengan mengkritik parti komponen Barisan Nasional tanpa mengenangkan sumbangan mereka sebelum ini, kata jurucakap MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker.“Nazri menjadi sombong seperti biasa. Beliau adalah aset dan liabiliti kepada BN. Beliau tidak sempurna dan kini bertindak melampau.
“Beliau boleh menunjukkan keangkuhannya kerana menjadi menteri sebagai hasil daripada asas kukuh (dibina) semua parti komponen BN. Pencapaian BN adalah hasil usaha semua parti komponen diterajui Umno hari ini,” kata ahli jawatankuasa pusat MCA itu dalam satu kenyataan hari ini.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu baru-baru ini mengkritik parti komponen BN, iaitu MCA, MIC dan Gerakan tidak akan menjadi dominan seperti Umno kerana tidak mampu memilih calon tempatan yang boleh menang pada pilihan raya.
Nazri berkata, kelemahan terbesar parti komponen BN adalah mereka bertegas menggunakan ‘calon payung terjun’ untuk bertanding menyebabkan calon BN yang bukan penduduk tempatan ‘terpisah’ dengan pengundi setempat.
“Itulah perbezaan antara Umno, MCA, MIC dan Gerakan. Pada pilihan raya akan datang, mereka lebih suka memberi kerusi kepada pemegang jawatan kerana keutamaan mereka adalah pemilihan parti, mereka mahu pemimpin dipilih menjadi wakil rakyat,” kata Nazri.
Ti bagaimanapun menepis kenyataan Nazri dengan mempersoalkan pemimpin Umno itu jika beliau sedia berbuat demikian.
“Adakah beliau sedia bertanding tanpa logo BN? Bolehkah beliau menjadi menteri jika tiada Barisan Nasional? Adakah beliau akan melompat parti seperti Anwar atau Mahathir dengan membentuk atau menyertai parti baharu untuk mencabar BN, jika beliau bukan seorang menteri?
“Sebagai kapten kapal, anda tidak menghiraukan usaha anak kapal atau mempamerkan keangkuhan diri tanpa rasa malu atau rendah diri.
Read More / Baca Lagi >>