Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin berkata, pihaknya akan berbincang bersama Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang mahu menjalinkan kerjasama.
“Sudah tentu kita perlu bekerjasama. Kita akan berbincang dengan Datuk Seri Anwar,” katanya ketika ditemui selepas solat Aidiladha di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah.
Terdahulu, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dilaporkan berkata, beliau mengakui BERSATU memerlukan kebenaran Anwar sebelum menjalinkan sebarang kerjasama erat dengan KEADILAN.
Katanya, pertemuan Anwar bersama Mahathir di mahkamah tempoh hari diharapkan dapat membuka jalan ke arah itu.