Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Ramai minta, rayu-rayu mahu kembali ke Umno, sembang Tengku Adnan

$
0
0
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendakwa, ramai ahli parti itu sebenarnya merayu untuk kembali ke pangkuan parti berkenaan.
Beliau berkaya demikian ketika mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, semalam bahawa ada pemimpin bahagian Umno dari Kedah merancang untuk meninggalkan parti.
"Beliau (Mukhriz) kata orang mahu keluar, tetapi orang yang dipecat juga mahu kembali (ke Umno).
“Sebenarnya banyak yang minta, rayu-rayu (mahu kebali ke Umno).
“Banyak, jadi nak bagi senarai, saya tak ada (sekarang). Lain kali saya bagi senarai," kata Tengku Adnan pada sidang media selepas majlis Hari Raya Aidiladha di Putrajaya hari ini.
Mukhriz membuat kenyataan itu selepas Pengerusi Tetap Umno Gelang Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani dan Timbalan Ketua Umno bahagian Kulai, Datuk Tosrin Jarvanti keluar parti semasa mesyuarat perwakilan bahagian masing-masing pada Sabtu lalu.
"Baharom dan yang lain, mereka adalah anggota parti yang sentiasa kontroversi.
"Lebih baik mereka keluar (parti) daripada menjadi duri dalam daging, " kata Tengku Adnan yang juga adalah menteri wilayah persekutuan.
Mukhriz, Sabtu lalu berkata "sebilangan" pemimpin bahagian memaklumkannya, bahawa mereka sudah tidak lagi mampu bersabar, dan sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan Umno.
Ini berlaku selepas pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) cetusan Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan, minggu lalu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913