Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Agama tanpa faham etika, punca umat Islam mendahului masalah sosial

$
0
0
Pendidikan agama di negara ini tidak menekankan aspek falsafah dan nilai etika di sebaliknya, dan ini antara punca umat Islam mendahului masyarakat lain dalam perkara seperti kehamilan luar nikah.
Dr-Ahmad-Farouk-Musa-1
PETALING JAYA: Pendidikan agama tanpa pemahaman betul mengenai nilai dan falsafah moral di sebaliknya tidak mampu menangangi seks di luar nikah di kalangan pasangan Islam, menurut seorang aktivis.
Dr Ahmad Farouk Musa, yang mengepelai Islamic Renaissance Front, berkata sekiranya pendidikan agama dijadikan ukuran, bilangan anak luar nikah di kalangan pasangan Islam secara logiknya lebih rendah daripada bukan Islam.
“Saya tidak ada statistik semasa, tetapi pada 2012, lebih 50% daripada anak luar nikah adalah keturunan Melayu.
“Jika dilihat kurikulum sekolah, murid Islam sudah pun mengikuti pendidikan Islam sementara bukan Islam pendidikan moral,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas laporan Berita Harian semalam memetik statistik Jabatan Pendaftaran Negara yang menunjukkan 159,725 bayi luar nikah dilahirkan ibu beragama Islam sejak 2013.
Ia mengundang komen Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yang berpendapat masalah itu berpunca daripada pendidikan agama dan moral yang cetek, di samping mencadangkan Kementerian Pelajaran meningkatkan jumlah masa pengajaran Pendidikan Islam dan Moral di semua peringkat sekolah.
Dr Farouk bagaimanapun berkata pendidikan agama seperti yang diajar sekarang perlu dinilai semula dari segi kekurangannya.
“Kita sekarang lebih berminat tentang halal dan haram, bukan soal etika atau akhlak, atau nilai falsafah di sebalik sesuatu ibadah,” katanya, sambil memberi contoh bagaimana umat Islam zaman ini tidak mengendahkan perihal kebersihan walaupun ia ditekankan sebelum apa-apa ibadat ritual.
“Puncanya adalah kerana kita tidak faham etika dan moral di sebalik ajaran itu.
“Kita belajar mengenai ibadat tetapi bukan mengenai nilai falsafah dan moralnya, lalu kita tidak menterjemahkannya ke dalam kehidupan harian dan itulah kekurangan dalam masyarakat ini,” kata Dr Farouk.
Menurutnya, dalam menangani masalah hamil di luar nikah, ia memerlukan kaedah dalam pelbagai bidang disiplin termasuk pendidikan seks.
Katanya, ramai remaja masih jahil mengenai kehamilan, dan amat penting isu itu ditangani secara terbuka termasuk memberi mereka pengajaran mengelakkan kehamilan dan mengawal diri.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913