Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

HANYA DENGAN SEDIA SERTAI SATU LAWAN SATU, PAS DAPAT BUKTIKAN TIDAK PERNAH TERIMA RM90 JUTA

$
0
0
Ada dua perkara yang menjadi pertanyaan ramai mengenai Pas sekarang ini:-

- Apakah Pas akan bersama dengan parti-parti pembangkang untuk satu lawan satu dengan BN atau kekal bersendirian dan menjadikan pertandingan tiga penjuru yang dalam ertikata lain memberi kelebihan kepada Najib Razak, UMNO dan BN dalam PRU 14 akan datang?

- Bilakah saman terhadap Sarawak Report yang diumumkan lebih sebulan lalu oleh Hadi Awang sendiri akan menjadi kenyataan?
Meskipun beberapa pemimpin Pas ada menyatakan keinginan untuk melihat pertandingan satu lawan satu berhadapan dengan BN dalam PRU 14 akan datang, kenyataan yang serupa belum pernah keluar daripada mulut Hadi Awang selaku Presiden Pas atau Mursyidul Amnya, Dr Haron Din.

Ini menjadikan pendirian Pas masih menjadi tanda-tanya sama ada parti itu benar-benar mahu menumbangkan BN atau sebenarnya ingin menjadi "tongkat penyelamat" kepada kedudukan Najib, UMNO dan BN.

Sepertimana yang selalu diulang oleh Tun Mahathir Mohamad, parti-parti pembangkang yang tidak sedia berpakat untuk bertanding satu lawan satu menentang BN, ia adalah sama seperti memberi pertolongan kepada Najib yang sedang berhadapan dengan skandal kewangan berkaitan dirinya.

Sehingga ini, beberapa pemimpin kanan Pas seperti Tuan Ibrahim Tuan Man, Idris Ahmad, Iskandar Samad, Mustaffa Ali dan lain-lain nampak bersetuju dengan pendirian Tun Mahathir itu, cuma Hadi Awang dan Dr Haron Din yang merupakan "pemberi kata putus" berkaitan hala tuju parti itu, kekal tidak berbunyi dan berdiam diri.

Maka, pendirian Pas masih dianggap misteri dan tidak menentu.

Dalam waktu yang sama, Pas juga berhadapan dengan dakwaan menerima bantuan kewangan sebanyak RM90 juta daripada Najib yang dibuat oleh Sarawak Report, tidak lama sebelum ini.

Berikutan itu, Hadi Awang pada 13 Ogos lalu mengumumkan bahawa Pas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report dengan melantik seorang peguam kanan di London bagi tujuan tersebut.

Katanya lagi, proses itu akan dilakukan dalam tempoh sebulan daripada sekarang.

Oleh kerana hari ini sudah 14 September, bermakna sudah lebih sebulan masa berlalu dan masih tidak kedengaran apa-apa perkembangan mengenai saman itu.

Apakah ia akan tetap diteruskan, masih dalam proses rundingan dengan peguam atau sudah dibatalkan sebagaimana ura-ura saman Najib terhadap WSJ sebelum ini yang hanya gah dan berdentum-dentum di permulaan, tetapi akhirnya sunyi sepi sehingga sekarang?

Jika Pas berdiam diri dan tidak meneruskan saman, tanggapan ramai ialah mungkin benar parti itu atau pemimpin tertentunya ada menerima bantuan kewangan daripada Najib sepertimana yang didakwa Sarawak Report itu.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913