Kehadiran peguam baharu Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Amerika Syarikat tidak lebih sekadar gimik politik untuk meraih simpati.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, kehadiran Kimberley Motley itu juga akan 'menghangatkan' semula kes Anwar sebagai tahanan politik selain ada kaitan menarik sokongan perhimpunan BERSIH 5.
"Sepertimana kita tahu jika kita nilai dan hayati modus operandi mereka ini setiap kali nak buat BERSIH, mereka akan kembali memainkan isu Anwar Ibrahim sebagai tahanan politik sedangkan majoriti rakyat Malaysia tahu beliau (Anwar) dijatuhkan hukuman kerana kesalahan moral dan didapati bersalah dalam sistem dan proses undang-undang negara," ujarnya lagi.
Menurut Armand Azha, kehadiran Motley itu juga seperti angan-anganperlu bagi parti pembangkang mendapatkan semula sokongan selepas mereka berpecah kerana perebutan kuasa.
"Saya nak nyatakan pada 'anjing salakan' baharu bernama Kimberley Motley..jangan masuk campur urus tadbir negara dan sistem undang-undang negara.
"Kerajaan mampu menjaga dan mentadbir negara Malaysia khususnya dalam sistem undang-undang negara," ujarnya.
Justeru, beliau menasihati Motley supaya menyelesaikan masalah yang banyak di negara sendiri daripada menggangu keamanan di negara ini.
"Saya nasihat agar Motley selesaikan isu-isu di negara Amerika Syarikat sendiri sebelum masuk campur urusan Malaysia," katanya.
Sementara itu, mengulas kenyataan bekas pemimpin UMNO yang kini menubuhkan parti baru yang juga menyatakan jika mereka dapat mengalahkan Barisan Nasional mereka akan membebaskann Anwar.
Walaupun tidak menyebut nama namun ia ditujukan kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Adakah beliau (Muhyiddin) lupa kata-katabeliau sendiri ketika dalam UMNO dalam isu Anwar Ibrahim? Adakah kini bila tiada kuasa mula menukar pendirian hanya kerana hendak kekalkan kuasa, ibarat meludah ke langit hinggap kemuka kembali," ujarnya sambil mendakwa apa yang berlaku sekadar permainan politik kotor mereka untuk mencipta gelombang bagi BERSIH 5.