Tujuan menghasilkan Pekak bukanlah kerana menggalakkan penyalahgunaan dadah, sebaliknya saya mahu menunjukkan realiti sebenar yang masyarakat takut hendak hadam.
PETALING JAYA: Adakah filem tempatan ‘Pekak’ menghina golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan tidak bermoral?
Sejak ditayangkan di pawagam 1 September lalu, filem ini memenangi beberapa anugerah antaranya skrip terbaik dan pelakon terbaik (Zahiril Adzim) di Festival Filem Motivasi Antarabangsa yang diadakan di Rostov-on-Don, Rusia.
Ia dibintangi Amirul Affendi, Sharifah Amani dan Joe Flizzow.
Memetik laporan Malaysiakini, pengarah filem Pekak, Mohd Khairul Azri Md Noor memohon maaf kepada golongan OKU yang tersinggung dengan persembahan watak utama dalam filem itu.
“Saya minta maaf dengan sejujurnya kerana tidak berniat menyinggung atau mengguris perasaan mana-mana pihak, khususnya OKU. Jangan lihat pada aspek itu saja kerana saya tidak membenci OKU.
“Tujuan menghasilkan Pekak bukanlah kerana ingin menggalakkan penyalahgunaan dadah, sebaliknya saya mahu menunjukkan realiti sebenar yang masyarakat takut hendak hadam,” katanya.
Sebelum ini, NGO dari Hear Me, mewakili ibu bapa yang memiliki kanak-kanak masalah pendengaran mendakwa filem itu tidak sesuai ditayangkan di pawagan.
Hal ini kerana, ia memaparkan aktiviti tidak bermoral seperti keganasan, kecurian, pergaulan antara jantina, penyalah gunaan dadah dan merokok.
Read More / Baca Lagi >>